Agent Jualan RPHclick

ADAKAH ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AGENT JUALAN RPHclick?

Berikut adalah TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN Agent Jualan/ KOMISEN RPHCLICK GLEMEDU.

UTAMA: PLAN AGENT JUALAN RPHclick ini adalah SAH dari 

01 Disember 2025 HINGGA 30 April 2026

1. DEFINISI

1.1. "RPHclick" merujuk kepada platform/perkhidmatan yang dikendalikan oleh pihak pengurusan.

1.2. "Agent Jualan" atau "Agent" merujuk kepada individu yang berdaftar dan aktif dalam program komisen ini.

1.3. "Coupon Diskaun" merujuk kepada kod unik/ Nombor rujukan agent yang dikaitkan dengan Agent untuk tujuan pengesahan jualan.

1.4. "Jualan Sah" merujuk kepada pembelian produk/perkhidmatan RPHclick yang memenuhi semua syarat yang dinyatakan di bawah.


2. KELAYAKAN PENDAFTARAN AGENT

2.1. Pelanggan RPHclick yang sedia ada akan diutamakan unutk menjadi Agent Komisen.

2.2  Individu BUKAN pelanggan RPHclick BOLEH menjadi agent jualan, Tetapi pelanggan sedia ada lebih diutamakan.

2.2. Pendaftaran adalah percuma dan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan RPHclick.

2.3. Agent mestilah berumur 18 tahun ke atas.


3. PERATURAN KOMISEN DAN JUALAN

3.1. Kadar Komisen: Agent akan mendapat komisen sebanyak RM5.00 untuk setiap Jualan Sah yang dilakukan menggunakan Coupon Diskaun mereka.

    3.1.1 Setiap coupon diskaun adalah bernilai RM5.00. Bermaksud, apabila coupon jualan digunakan       diskaun RM5.00 ditolak dari harga asal (RM70). Harga yang mereka perlu bayar adalah RM65.00         sahaja.

    3.1.2 Selepas 30 April 2026: Kod agent jualan/Coupon Diskaun adalah TIDAK sah.

3.2. Penggunaan Coupon Diskaun:

a. Pembeli mesti menyatakan dan menggunakan Coupon Diskaun Agent semasa proses pembelian.

b. Komisen hanya akan dikira jika sistem mencatatkan penggunaan kupon tersebut dengan jayanya.

c. Coupon Diskaun tidak boleh digabungkan dengan promosi atau kupon lain melainkan dinyatakan sebaliknya.

3.3. Pengesahan Jualan Sah: Jualan hanya dianggap sah selepas pembayaran lengkap diterima oleh RPHclick dan tempoh tentatif untuk pembatalan/refund telah tamat.


4. PEMBAYARAN KOMISEN

4.1. Masa Pembayaran: Komisen untuk Jualan Sah akan dibayar dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja dari tarikh jualan tersebut disahkan dan direkodkan sebagai sah.

4.2. Kaedah Pembayaran: Pembayaran akan dibuat melalui kaedah pilihan Agent yang didaftarkan (contoh: pemindahan bank, e-wallet) tertakluk kepada kesesuaian pihak RPHclick.

4.3. Agent bertanggungjawab untuk memberikan maklumat pembayaran yang tepat dan terkini.


5. TANGGUNGJAWAB DAN KELAKUAN AGENT

5.1. Agent dilarang sama sekali untuk membuat pembelian menggunakan Coupon Diskaun sendiri untuk mendapatkan komisen secara penipuan.

5.2. Agent hendaklah mempromosikan produk RPHclick dengan cara yang beretika, jujur, dan tidak memalsukan maklumat.

5.3. RPHclick berhak untuk membatalkan komisen, menamatkan penyertaan Agent, dan/atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya didapati terdapat penipuan, penyalahgunaan, atau pelanggaran terma ini.


6. PERUBAHAN DAN PEMBATALAN PROGRAM

6.1. RPHclick berhak untuk mengubah kadar komisen, syarat, atau menamatkan program komisen ini pada bila-bila masa dengan pemberitahuan awal kepada Agent.

6.2. Komisen yang telah terakru sebelum sebarang perubahan atau penamatan akan tetap dibayar sekiranya memenuhi syarat.


7. PENAFIAN DAN HAD LIABILITI

7.1. RPHclick tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan, atau tuntutan oleh pihak ketiga yang timbul daripada penyertaan Agent dalam program ini.

7.2. Keputusan RPHclick berkenaan dengan tafsiran terma, kelayakan jualan, dan pembayaran komisen adalah muktamad.


8. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

8.1. Maklumat peribadi Agent akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi RPHclick dan hanya digunakan untuk tujuan pentadbiran program komisen ini.


9. PENERIMAAN SYARAT

9.1. Dengan mendaftar dan menyertai program Komisen RPHclick GlemEdu, Agent dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di atas.

Terma dan Syarat ini berkuat kuasa serta-merta dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEDIA UNTUK MENJADI AGENT JUALAN RPHclick?

Isi borang permohonan Agent Jualan RPHclick disini